Raja Azam Baeizah, Bahagia Anak Bahagialah Ibunya

by May 14, 2019

MAY 13, 2019 by ADMINWM

‘Ibu adalah ciptaan terindah, kerana di dunia yang egois ini, dia adalah satu-satunya yang selalu ingin melihatmu bahagia.’

Saya terjumpa kata hikmah di atas untuk muqadimah rencana ini.

Mengenali YM Raja Azam Baeizah binti Raja Mokhtar kira-kira empat tahun tetapi kami jarang bercerita mengenai anak-anak. Sembang berlegar kerja. Seorang yang lembut tutur kata dan very down to earth. Kali pertama diperkenalkan, saya berasa ‘chemistry’ antara kami berdua amat kuat, lantaran selepas itu kami sering berhubungan dan seolah sudah kenal begitu lama.

Saat yang saya lihat RA amat sedih ketika ibunya meninggal dunia. Lama RA menyepikan diri, saya mendapat tahu RA ke pusara selalu. Dan agak lama juga RA terkesan dengan pemergian ibunda yang langsung tidak diduga akan pergi buat selama-lamanya. Perginya kata RA amat tidak dijangkakan. Sebelum itu beberapa kali juga saya terserempak melihat RA memimpin bondanya menaiki anak tangga ke butik/salon kepunyaannya. Tiba waktu makan, menyuapnya. Saya yang memerhatikan dari jauh ketika itu, kadang-kadang tumpah air mata mengenangkan ibu saya di kampung dan jarang sangat dapat berbuat demikian. Untungnya si ibu mendapat anak yang melayaninya. Syurga bagi anak yang melayan ibu sebegitu lembut sekali.

“Saya dibesarkan oleh nenek. Setelah saya bekerja, saya membuat keputusan untuk tinggal dengan ibu dan menjaga beliau. Alhamdulillah hubungan kami menjadi sangat rapat. Arwah telah pulang ke rahmahtullah pada 2016. Saya masih rindukan peluang menjaganya. Sewaktu hayat, saya kucup, saya belai dan manja dengannya, kerana itu sehingga hari ini bila mengenangkan ibu, air mata deras mengalir.”

‘Sejak kamu lahir, ibu selalu berusaha membuatmu bahagia tanpa mengharapkan imbalan apapun. Ya Allah bukakanlah pintu syurga untuknya dan bahagiakan dia.’

Mei bulan memuliakan ibu. Mei untuk kita raikan cinta kita kepada ibu. Mei kita padatkan lagi hubungan silatulrahim dengan ibu. Kepada yang lama tidak menziarah ibu, pergilah. Carilah dia. Mohonlah kemaafan, mintalah dihalalkan air susunya.

Hari ini Raja Azam adalah ibu kepada dua anak yang sudah dewasa, Wan Ariff Danial bin Abdul Rashid, 27, dan Putri Nur Diyana binti Abdul Rashid, 25. Ahamdulillah mereka sudah pun bekerja, Wan Ariff Danial, akauntan dan Putri Nur Diyana juga akauntan.

Menyambung perbualan dengan RA, tanya saya, sebagai ibu, apa perkara yang paling penting ditekan dalam sesebuah rumahtangga. Katanya, “Bagi saya yang penting ialah pendidikan agama, nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui tauladan kepada anak-anak. Saya melayan mereka sama rata. Jarak usia mereka dua tahun, kalau ada pun perbezaan melayani mereka cuma dari segi menangani kenakalan si abang dan menangani sifat adik yang sering merajuk sebab selalu disakat abang.”

Sebab hanya dua orang sahaja, mereka jadi seperti kawan rapat (BFF). Dengan anak perempuan kami sering menghabiskan masa yang berkualiti dengan melancong bersama (mother & daughter bonding). Ayah mereka pun sangat rapat tetapi agak tegas mendidik untuk mendisiplin keduanya. Saya juga selalu meminta pandangannya sebelum membuat sebarang keputusan kerana suami saya seorang yang amat praktikal.

Selalunya si emak lebih memanjakan anak lelaki dan bapa pula anak perempuan? RA ada tidak rasa melebihkan salah seorang daripada mereka? Maksud saya pilih kasih.

“Kerana hanya seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, jadi tiada ruang untuk pilih kasih, kedua-duanya permata hati saya. Tanggung jawab ibu bapa adalah mendidik anak-anak tanpa berputus asa. Kemudian hendaklah kita berdoa dan berserah kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mereka milik Allah.”

“Alhamdulilah mereka cemerlang dalam mata pelajaran. Ada bertanya bagaimana saya mendidik mereka, apa rahsia di sebalik kejayaan mereka? (Kedua-duanya bukan setakat ke menara gading tetapi beroleh ijazah tertinggi). Saya tidak memberi mereka peluang untuk mengatakan ‘tidak boleh’ atau ‘susah”. If there is a will, there is a way. Saya beri keduanya sepenuh kepercayaan yang mereka akan berjaya. Saya tidak pernah memaksa supaya mendapat semua A sebab saya percaya kejayaan hidup seseorang bukanlah berdasarkan straight A tetapi kejayaan menyeluruh. Selepas SPM, keduanya bekerja sementara menunggu keputusan. Ini untuk mendidik mereka supaya berdikari dan mendapat pengalaman bekerja.”

“Love your mother, the most beautiful person on the earth. Our best critic, yet our stronger supporter.”

Bercerita selanjutnya, Pengasas RA8 Cosmeceutical dan Butik RejuvanA8 ini memberitahu sebagai ibu bekerja, RA mengakui masa bersama anak-anak di kala mereka kecil agak terhad. Tugasan kadang-kadang membawanya jauh ke luar negara, tetapi syukur, kami ada pembantu yang baik dan ikhlas. Seorang itu bersama kami sehingga berbelas-belas tahun. Selalu saya yang suruh dia balik kerana dia punya keluarga di sana, kasihan juga tapi dia yang tidak malu balik. Malah dia meninggal dunia di rumah kami kerana serangan asthma. Waktu itu berasa kami kehilangan seorang ahli keluarga yang amat rapat.”

“Ya, arwah bonda juga tinggal berdekatan jadi dapatlah menjenguk cucu-cucunya, terutama ketika kami amat memerlukan. Saya tidak boleh bayang, kalau pembantu lari meninggalkan anak kecil bersendirian, saya juga tidak boleh bayangkan pembantu bermuka-muka di depan dan belakang memukul anak kami misalnya.”

Apa yang RA ingin lakukan tetapi tidak berjaya dilakukan? “Wirda, sekiranya saya dapat memutarkan kembali masa, saya ingin menjadi suri rumah sepenuh masa tetapi disebabkan tanggung jawab sebagai anak sulung untuk menjaga ibu dan adik-adik, saya terpaksa bekerja.”

“Bapa saya berpoligami. Saya tidak mahu hidup berpoligami setelah melihat bagaimana ibu menderita dan berkorban untuk kami adik beradik, I swore I will never do that to myself, tidak mahu ada orang menangis untuk kesenangan dan keseronokan saya. Itulah janji saya sewaktu masih kecil.”

Melihat RA dan suaminya (Encik Abdul Rashid bin Mohammed Yatin,56, Pegawai Malim di Northport Corporaton Bhd) selalu berdua-duaan, saya sendiri selalu mengusik, “You untung suami rajin menemani ke sana sini.”

“InshaAllah kalau kebetulan Rashid tidak ke tempat kerja, lagipun dia tidak suka golf, jadi kenalah hantar I kalau ada urusan, parking pun susah,” ceritanya.

“Suami dan ayah yang penyayang adalah rezeki Allah, syukur saya panjatkan kepada Allah memberikan yang terbaik untuk kami. I am blessed to have so many great things in my life – family and friends. At the end of the day, life is about being happy being who you are, and i feel like we are so blessed to have the support system and the best family to really support each other no matter what we’re going through.”

Bila hendak bermenantu? Ada juga ibu ayah dan memandangkan anak mereka berjaya dalam akademik, cantik dan bergaji tinggi, mereka meletakkan syarat konon demi masa depan anak-anak? Apa RA tidak rasa hendak meletakkan syarat?

“Seorang ibu hanya ingin melihat anaknya bahagia. Bahagia anak, bahagialah siibu. Saya hanya boleh memberi tips untuk mencari pasangan. Selebihnya saya percaya mereka boleh menilai sendiri.”

Sedikit kenangan lama, RA, “when did you know you are ready to have kids?”

“Wirda, saya tidak pernah merancang when I should have kids. Anak itu rezeki. Selepas berkahwin, saya terus dikurniakan rezeki mengandung.”

“RA rasa pasangan sekarang mesti merancang bila dan berapa anak yang dimahukan?”

“Sudah pastinya, kerana kehidupan semakin banyak cabaran, membesarkan anak juga semakin mencabar. Bila saya membaca pusat jagaan kanak-kanak sendiri berlaku zalim kepada kanak-kanak, saya sebenarnya amat takut. Lantaran bagaimana nanti anak cucu saya mahu membina keluarga mereka? Dan untuk seorang sahaja yang dipertanggungkan mencari rezeki adalah amat sukar. Both need to earn a living.”

“What was the first year of motherhood like for you RA?”

“I had a difficult time to recover after giving birth for both my children. Nonetheless , with the support of my mom and husband, I find motherhood is fulfilling watching your child grow up. Apapun, kami sambut hari jadi mereka setiap tahun dari umur setahun sehingga 12 tahun. Bila mereka sudah meningkat 13, mereka hanya nak sambut hari jadi dengan kawan-kawan rapat.

“Nasihat RA kepada mereka berdua?”

“Be happy dan tidak tinggalkan tanggung jawab sebagai seorang muslim. Dan give the best in their job, lead life the fullest by doing what they like dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Ilahi. Jangan sesekali ambil ringan menunaikan tanggung jawab sebagai seorang muslim.”

“RA ada kenangan photo dengan keluarga yang paling menyentuh perasaan?” “Ya gambar keluarga sewaktu di Venice, when we went for my daughter’s graduation in UK and travel to Europe.”

“Dan soalan akhir saya, “What do you really want for Mother’s Day?” “Just to see my children happy.”

Raja Azam Baeizah Raja Mokhtar Menjawab 18 Soalan Cantik

by April 24, 2019


APRIL 20, 2019 by SHAUFIK YUNUS

Cantik di mata anda tidak semestinya cantik di mata semua. Dan setiap orang punya penilaian serta pemahaman berbeza mengenai cantik. Pengasas RA8 Cosmeceutical, Raja Azam Baizah menjawab pelbagai soalan mengenai cantik.

RA (Raja Azam), bagaimana bermulanya RA8?

Setelah hampir 12 tahun membina nama dalam bidang ICT, saya membuat keputusan untuk menceburi dunia perniagaan ke arah bidang kecantikan. Pencarian dan kajian selama dua tahun akhirnya menemukan saya dengan satu produk kecantikan dari SIRIM Bhd.

Mengapa pilih produk kecantikan untuk berniaga?

Sejak ekonomi merosot pada 2009, saya telah membuat keputusan mengkaji produk lain yang saya boleh pasarkan. Daripada penyelidikan SIRIM, saya meyakini produk hasil R&D SIRIM berkualiti tinggi. Sebagai seorang wanita saya sentiasa tercari-cari produk yang sesuai untuk kulit saya. Jujur saya katakan amat sukar mencari produk yang halal, selamat dan berkesan yang boleh membantu saya mengatasi masalah kulit seperti kedutan, jeragat, kulit anjal dan kulit kering. Sebab itulah saya memilih produk daripada hasil kajian SIRIM. Saya mengambil masa dua tahun untuk memulakan perniagaan produk kecantikan.

Pandangan RA mengenai produk kecantikan tempatan vs produk kecantikan dari luar yang sudah terkenal?

Produk tempatan masa kini adalah sama taraf dengan produk antarabangsa. Produk RA8 misalnya telah menjalani pelbagai jenis ujian dan kajian yang intensif bagi memastikan produk tersebut halal, selamat digunakan dan efektif.

Pasaran RA8?

RA8 kini telah pun berjaya menembusi pasaran luar negara, seperti Korea, Singapura, Indonesia, Thailand, Cambodia, Vietnam, 22 negara Timur Tengah dan baru-baru ini Australia. Rahsia RA8 berjaya menembusi pasaran luar adalah memastikan intensif Research and Development sentiasa dijalankan dan kualiti RA8 sentiasa terjamin bagi mencapai piawaian antarabangsa.

Berniaga dalam dunia kecantikan, pengalaman manis RA dengan wanita yang menitik beratkan soal kecantikan?

Dunia kecantikan adalah sesuatu yang amat menarik di mana anda berpeluang bertemu dengan wanita yang bukan sahaja cantik tetapi juga bijak, berbakat dan datang dari pelbagai jenis latar belakang. Ramai sekali, dan setengahnya menjadi kawan. 

Beauty is only skin deep. Apakah RA setuju dengan konsep ini?

Beauty is only skin-deep bagi saya bermaksud; wajah semata-mata tidak mencerminkan perwatakan seseorang. Saya amat bersetuju dengan konsep ini di mana, tidak sewajarnya kita hanya menjaga kecantikan luaran sahaja tetapi dalaman juga adalah penting. Perwatakan seseorang itu secara tidak langsung menjadi sebab seseorang itu menawan dan cantik. Remember, kindness last forever.

Rahsia kecantikan RA?

Rahsia kecantikan saya semestinya produk RA8, consistency is key to everything. Saya seseorang yang sentiasa komited dengan ritual kecantikan saya di mana selain menggunakan pencuci muka, serum dan krim RA8 saya juga akan sentiasa minum air sekurang kurangnya dua liter, pastikan mendapat tidur yang mencukupi dan juga bersenam. 

Apa yang membuat seseorang itu cantik?

Bagi saya, seseorang itu cantik apabila dia menjaga kecantikan luaran dan juga dalaman. Kecantikan dalaman juga perlulah mendapat perhatian yang sama seperti kecantikan luaran. Beauty comes with kindness and brain. 

Apakah RA rasa orang cantik jauh lebih berjaya daripada yang kurang cantik?

Kecantikan tidak mencerminkan atau menjanjikan kejayaan. Kejayaan hanya boleh diraih daripada usaha yang berterusan yang diredhai Allah SWT, selain usaha dan doa yang berterusan. 

Siapa di kalangan selebriti yang RA rasa cantik dan mengapa?

Bagi saya, rata-rata selebriti menjaga kecantikan mereka tetapi saya amat gemar melihat Angelina Jolie. Dia adalah definisi wanita yang kuat dan seorang aktivis yang memperjuangkan hak manusia dan golongan yang memerlukan. Baru-baru ini dia menyuarakan secara lantang di United Nations (U.N) berkenaan ‘peacekeeping’ di Afghanistan.

What do you love about makeup? 

Who doesn’t love makeup? Semua orang dilahirkan dengan kecantikan dan keunikan yang tersendiri, what I love about make up is, it enhances one’s beauty.

Soalan cantik yang sering ditanya pelanggan?

Pelanggan sering bertanya kepada saya, bagaimana untuk mengekalkan kecantikan apabila usia semakin meningkat? Jawapan saya, sentiasa menjaga makan anda, rajin bersenam, sentiasa menjaga dalaman anda dan semestinya menggunakan produk RA8 secara konsisten.

Jika RA terpaksa keluar rumah dan hanya boleh menggunakan satu produk sahaja, produk apa dan kenapa?

Semestinya saya akan memilih sunscreenSunscreenmerupakan produk yang penting dalam memastikan wajah sentiasa terlindung dari matahari. Ia adalah norma masyarakat untuk mempunyai persepsi bahawa semua yang bernama wanita seharusnya dilihat cantik. Namun bagi saya, beauty is very subjective. Everyone is born beautiful. Semua dilahirkan cantik, beauty goes beyond what is on the outside.

Nasihat cantik RA kepada semua wanita?

Sebagai pengasas produk kecantikan saya percaya bahawa cantik perlulah meliputi semua aspek, di mana wajah, badan yang sihat dan pakaian perlu dijaga. Oleh itu, seringkali saya mengingatkan kepada semua pelanggan saya dan juga pembaca di luar sana untuk sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan dengan menjaga pemakanan yang sihat dan bersenam selain menjaga wajah anda. Pakaian juga seharusnya sentiasa kemas dan terjaga kerana penampilan yang baik bukan sahaja memberi ‘expression’ yang baik tetapi juga bagus untuk keyakinan anda sendiri. 

Apa pula pesanan cantik RA kepada anak-anak?

Sebagai ibu saya sentiasa mengingatkan anak saya untuk sentiasa menjaga penampilan mereka, tidak kiralah luaran dan juga dalaman. Kedua-duanya perlu diberi perhatian yang sama. Selain itu, ‘education’ juga sesuatu yang saya sentiasa tekankan kepada anak anak saya. Beauty on the outside is just a plus point but it’s your moral values and brain that will bring you further.

Dalam keadaan ekonomi meleset bagaimana menggalak orang ramai tetap tampil cantik?

Ekonomi mempunyai pasang surutnya yang tersendiri. Sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Oleh itu, sebagai pengasas produk kecantikan saya juga sewajarnya membantu pelanggan dengan memperkenalkan dengan pelbagai jenis promosi yang berterusan dan juga harga mampu milik agar pelanggan tidak merasakan menjaga kecantikan itu sebagai sesuatu beban. 

Kalau ada yang mengatakan produk anda tidak bagus?

We can never satisfy everyone. Bagi saya, kita sebagai pengasas ataupun ahli perniagaan perlu sentiasa bersifat dan berfikiran terbuka untuk menerima feedback yang positif dan juga negatif. ‘Feedback’ ataupun ‘review’ boleh membantu memperbaiki produk kita untuk menjadi lebih baik.

Produk RA8 menjadi top belian produk di platform Go Shop, apa yang RA mahu katakan kepada mereka yang setia ini?

Kepada pelanggan RA8 yang setia, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah memberikan sokongan tanpa henti. Saya amat bersyukur kerana anda sentiasa berada dengan saya dan mengikuti perjalanan RA8 selama tujuh tahun ini. Sokongan anda membuatkan saya ingin terus berkerja keras untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan boleh memberikan manfaat kepada kita semua.

RA8? Tak Pernah Dengar Pun…

by April 19, 2019

Bismillahirrahmanirrahim

RA8? TAK PERNAH DENGAR PUN…

In 2012, every time I exchanged business cards with new acquaintances, their normal response was “RA8? Tak pernah dengar pun …”. I didnt feel intimidated knowing that I was still new in the industry.

Today, after 7 years, every time I meet old friends, most of them would relate me with the name “RA8” instead of my own name. Am I a walking brand? Scary🙈

In January 2018, RA8 was promoted on Astro TV Go Shop. Alhamdulillah, the response was good so much so RA8 tops under HALAL beauty products.

Since then, I have been receiving calls from people I dont know wanting to get to know RA8 better. I enquired how they knew about RA8. Some said that RA8 is the most searched name in google. Ada percaya? Saya pun tak percaya…

Am I contented? I still do get the same remark whenever I met new acquaintances at a networking event although not as bad as 7 years ago.

It is ok because it is a journey. I just have to continue building the brand. May Allah SWT ease our journey. Until then, remember to look out for our interesting April Promo.

www.ra8.com.my
@ra8cosmeceutical

Doing The Right Thing

by April 7, 2019

Bismillahhirahmanirrahim

DOING THE RIGHT THING

Growing up from a broken family, discipline was not one of my good traits then. However, my late mother has great values which I believed has shaped who I am today. Her most apparent values are patience and love unconditionally.

I spent five years in boarding school, MRSM Kuantan. The five years were the best years of my life. Here was where I learnt about discipline. Being married provides me the avenue to apply discipline in my daily life as a wife and to lead as an example to my children.

However, leading a life as an entrepreneur, I was challenged on daily basis on integrity. Approximately 15 years ago at my late FIL birthday dinner, he said to his children: “You dont have to doubt of the rezeki that I have provided to all of you as it is all halal”.

My husband always said “Orang melayu ni babi je haram, yang lain semua halal”. Doing business to me then was about making profit. Asalkan tak menipu orang.

After experiencing up and down in business (when it was down, it was really down that I didnt see the way up ever again), I came to realise that things will fall into place when you start doing the right thing.

Be honest, be sincere, be punctual, solat, family first, to name a few.

I am blessed to have a very kind, loving and firm life partner who has taught me what is right is right even when no one is doing it while what is wrong is wrong even when everyone is doing it. Alhamdulillah.

I am far from perfect. We must strive to improve continuously. May Allah guide us all. Aamin

#ra8cosmeceutical

www.ra8.com.my

Hence, a start of my story…

by April 7, 2019

Bismillahirrahmanirrahim

“You don’t have to be great to start, but you have to start to be great” ~Zig Ziglar~

Hence, a start of my story…

Zig Ziglar was an American author and motivational speaker, widely recognized as one of the pioneers of the industry. Because of his unique delivery style of motivational and powerful speeches, as well as his unparalleled insight on human nature and what triggers individuals, he became one of the most renowned figures in the science of human potential.

I was introduced to one of his famous quotes below and have been living by this principal ever since:

“You can get everything in life you want if you will just help enough other people get what they want”.

#ra8cosmeceutical

www.ra8.com.my

Subscribe to our newsletter

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Proin porttitor nisl nec ex consectetur, quis ornare sem molestie. 

    Cart