Perjanjian Stokis/Ejen/Dropship

SURAT PELANTIKKAN DAN PERJANJIAN STOKIS/EJEN/DROPSHIP UNTUK PRODUK RA8

TERMA & SYARAT STOKIS/EJEN/DROPSIP

  1. Stokis/Ejen/Dropship mestilah berumur 18 tahun dan ke atas mengikut terma dan syarat syarikat.
  2. Serum RA8 adalah hak milik yang sah RA8 Cosmeceutical.
  3. Stokis/Ejen/Dropship boleh menjual RA8 kepada dropship dan pelanggan dengan harga runcit seperti di dalam website rasmi RA8
  4. Untuk pemasaran yang lebih efektif, Stokis/Ejen dibenarkan membuat group pemasaran sendiri. (Hanya untuk Stokis & Ejen sahaja)
  5. Untuk pembelian pertama sebanyak 5 kotak ke atas (mengikut pakej yang di tawarkan HQ) adalah wajib bagi melayakkan diri menjadi Ejen. Selepas menjadi Ejen minimum order adalah sebanyak 5 unit.
  6. Selepas pembelian Stokis/Ejen/Dropship tidak boleh memulangkan / menukar stok kepada stokis jika tidak dapat menjualnya.
  7. Stokis/Ejen/Dropship juga tidak dibenarkan untuk menjual kepada Ejen lain dan juga kepada pengguna lain yang ingin mendapatkan produk mengikut bilangan pakej Ejen yang telah di tetapkan oleh HQ dengan harga sama atau lebih rendah kerana pakej tersebut hanya boleh diperolehi daripada stokis yang berdaftar. Jika didapati melanggarnya segala tindakan seperti dalam surat ini akan dikenakan (saman RM30,000)
  8. Mencuri dan mengambil dropship dari Stokis/Ejen/Dropship lain tanpa persetujuan / kebenaran stokis boleh menyebabkan status Stokis/Ejen/Dropship di tamatkan.
  9. Jika Stokis/Ejen tidak membuat pembelian minimum selama 3 bulan berturut-turut HQ boleh menamatkan kontrak sebagai Stokis/Ejen/Dropship dan sekiranya Stokis/Ejen/Dropship berkenaan ingin menjadi Stokis/Ejen semula maka penalti RM100 akan dikenakan. Jika didapati berdaftar dengan stokis lain tindakan juga akan dikenakan.(Bagi Ejen)
  10. Ejen/Dropship mestilah berdaftar dengan satu stokis/ejen sahaja dan membuat pembelian dengan stokis yang sama sahaja.
  11. Stokis/Ejen/Dropship dilarang sesekali bermain harga dan tidak mengikut harga yang di selaraskan oleh HQ. Jika di dapati Stokis/Ejen/Dropship berbuat demikian dengan bukti kukuh status Stokis/Ejen/Dropship akan di tamatkan.
  12. Stokis/Ejen/Dropship di larang meniru produk RA8 dan jika di dapati pihak HQ boleh mengambil tindakan undang-undang. Selain itu pelanggan yang membeli pada mulanya daripada anda dan sekiranya mereka menjadi Ejen kepada orang lain itu adalah hak mereka kerana pengguna berhak memilih untuk menjadi Stokis/Ejen/Dropship dengan sesiapa sahaja.
  13. Stokis/Ejen/Dropship tidak boleh mentukar-tukar stok antara Stokis/Ejen kerana tidak memberikan aliran tunai yang baik kepada kedua-dua pihak.
  14. Jika berlaku kerosakkan atau kehilangan produk semasa penghantaraan stokis tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dan kerosakkan tersebut.
  15. Jika Stokis/Ejen/Dropship memasarkan / mengiklankan secara online pembelian dibebaskan mengikut kawasan pelanggan dan penghantaraan perlu di buat oleh pihak Stokis/Ejen/Dropship sendiri.
  16. Stokis/Ejen/Dropship bertanggungjawab menjaga kredibiliti produk dan syarikat.Jika di dapati Stokis/Ejen/Dropship ada menimbulkan fitnah atau memburukan apa2 yang berkaitan produk atau founder produk maka tindakan boleh diambil.

SYARAT PEMULANGAN PRODUK

  1. Pemulangan produk hanya dibenarkan untuk produk yang rosak dari segi (sticker terbalik, salah sticker, dan berlubang) dalam tempoh seminggu selepas tarikh invois.
  2. Stokis/Ejen/Dropship dikehendaki sertakan Salinan invois asal dan memulangkan produk yang mengalami masalah sebagai bukti sebelum pertukaran di buat.
  3. HQ tidak akan bertanggungjawab untuk produk yang mengalami kerosakkan akibat bencana alam seperti banjir, gempa bumi, keadaan cuaca, kelalaian dan sebagainya)

PEMBAYARAN DAN PESANAN PRODUK

  1. Semua pesanan dan order mesti dibuat melalui stokis tempat berdaftar atau dibenarkan mengambil di HQ selepas pembayaran kepada stokis dilakukan dengan menunjukkan ID masing-masing dan juga pengesahan dari stokis.
  2. Semua order / pesanan dari Stokis/Ejen/Dropship akan diproses selepas pembayaran penuh di buat kepada ra8.com.my/daftar.
    Pembayaran boleh dibuat melalui tunai / cek / kad kredit dan pemindahan wang di ra8.com.my
  3. Pihak HQ/Stokis berhak tidak memproses pesanan / order Ejen/Dropship jika Ejen/Dropship gagal melampirkan / mengesahkan bukti pembayaran kepada HQ/Stokis.

PEMBAYARAN BONUS UNTUK STOKIS/EJEN KE 2

  1. Stokis/Ejen/Dropship yang membantu untuk mendapatkan Stokis/Ejen/Dropship lain haruslah pada bulan berkenaan mempunyai belian minimum 5 unit. (Stokis – 80 unit)
  2. Kegagalan melakukan belian seperti di No 1 akan mengugurkan kelayakkan untuk mendapat bonus berkenaan iaitu RM5 untuk seunit bagi setiap Ejen yang di close DAN pembayaran hanya di lakukan pada awal sebulan setiap bulan (dikumpulkan)
  3. Sekiranya Ejen telah berhenti atau di tamatkan keahlian atau bertukar kepada stokis bonus yang berkaitan adalah terbatal. Penamatan sebagai Ejen walau tiada alasan dibolehkan mengikut budibicara stokis / HQ dan tiada bonus disediakan untuk Ejen yang mendapat stokis atau Ejen mereka naik ke stokis.
  4. Sekiranya di dapati Ejen menjual di bawah harga pasaran yang di tetapkan HQ iaitu RM99 maka penalti sama di atas RM30,000 akan di kenakan dan tindakan untuk membankrapkan penama adalah boleh dilakukan oleh pihak stokis / HQ.

Saya faham dengan jelas dan bersetuju terma & syarat di atas.

Daftar sebagai - StokisEjenDropship
Persetujuan - Saya bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan. Saya berjanji akan menjadi stokis/ejen yang bertanggungjawab untuk menjaga nama baik HQ serta harga pasaran yang diselaraskan
    Cart